comscore
Tumpuan :
Nasional

39 ditahan termasuk 6 wanita dalam operasi dadah

Foto hiasan

PORT DICKSON: Polis berjaya menjalankan beberapa lokasi serbuan serta tangkapan dipercayai terbabit aktiviti pengedaran dadah berbahaya di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, operasi tertumpu di kawasan Lukut, Teluk Kemang dan Bandar Port Dickson.

“Operasi ini bermula dari 27 Mei sehingga 29 Mei (semalam) oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson.

“Polis juga membuat operasi serbuan dan tangkapan di beberapa lokasi di daerah ini dengan 37 serbuan dan 53 pemeriksaan di tiga kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.

Katanya, pihak polis juga membuat tangkapan keseluruhan seramai 39 orang suspek termasuk enam wanita yang berusia dari 21 tahun hingga 55 tahun.

“Modus operandi suspek dipercayai sudah menjalankan aktiviti dadah dan penagihan dadah berbahaya di kawasan ini sejak beberapa tahun lalu.

“Hasil operasi ini, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah berbahaya seperti syabu, air ketum dan ketum dari suspek,” ujarnya.

Aidi Sham berkata, jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM9,048.90.

“Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A(1) Alta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Kesalahan Orang Dikehendaki (Wanted) dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kesemua suspek diambil tindakan siasatan selanjutnya untuk dihadapkan di Mahkamah Majistret Port Dickson,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini