comscore
Tumpuan :
Nasional

4.4 tan bekalan keperluan banjir dihantar ke Pulau Redang

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka melanda November depan.

Pengarahnya, Mazura Ngah Abdul Manan berkata, sebanyak 4.4 tan bekalan makanan dan barang keperluan asas untuk 300 keluarga dihantar ke Pulau Redang hari ini.

Katanya, bekalan dan barangan itu dihantar ke Pulau Redang kerana jangkaan MTL akan berlaku lebih awal tahun ini.

Selain Pulau Redang, pihak JKM akan membuat penghantaran lebih awal ke kawasan lain seperti Pulau Perhentian.

Bekalan keperluan seperti beras, minyak masak, tepung dan susu formula bayi mampu menampung keperluan penduduk untuk tempoh tiga bulan.

“Disamping itu kita sedang membuat agihan bencana ke seluruh daerah, jadi simpanan depoh utama kita di Marang dan kita mengagih ke setiap daerah dan mini-mini depoh setiap daerah yang boleh menampung seluruh negeri ini”, katanya.

Beliau ditemui pada Program Penghantaran Barang Keperluan Semasa Bencana ke Pulau Redang di Jeti Jabatan Laut di Kuala Terengganu hari ini.

Sebanyak 155 pangkalan hadapan di seluruh Terengganu diaktifkan bagi menghadapi banjir tahun ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini