comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 4 kakitangan JAKOA berdepan detik cemas

 

Oleh: Zahir Senapiah

KLUANG: Empat kakitangan Jabatan Kemajuan orang asli (JAKOA) Johor berdepan detik cemas, selepas kereta yang mereka naiki dihanyutkan arus deras ketika dalam perjalanan balik selepas menghantar makanan di Kampung orang asli Sedohok, dekat sini petang tadi.

 

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.07 petang ketika mereka mengikuti rombongan Ketua Pengarah JAKOA, Datuk Sapiah Mohd Nor menghantar bekalan makanan kepada masyarakat orang asli di kawasan pendalaman.

Ke semua empat kakitangan JAKOA terbabit dapat menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap.

Detik cemas itu dirakamkan oleh kakitangan JAKOA yang datang membantu.

Pengarah JAKOA Johor, Faisal Long ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Beliau bagaimanapun bersyukur tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku.

Loading...
Terkini