comscore
Tumpuan :
Nasional

4 lelaki terperangkap atas pokok akibat banjir

GUA MUSANG : Gara-gara ingin menyelamatkan diri daripada banjir, empat lelaki termasuk dua warga emas berdepan detik cemas apabila terperangkap atas sebatang pokok besar di kebun mereka di Pos Brooke, Lojing di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata, usaha menyelamat dilakukan sejurus pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.31 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kesemua mereka adalah pekerja ladang sayur di kebun berkenaan yang terletak kira-kira satu kilometer daripada simpang Pos Blau.

“Apabila air Sungai Brooke mula melimpah dan semakin naik sehingga menutupi laluan Pos Blau, mereka terkepung dan bertindak memanjat pokok berdekatan.

“Dalam operasi menyelamat, pasukan bomba juga menggunakan bot untuk ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke tempat yang lebih selamat. Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10 pagi,” katanya.

Loading...
Terkini