comscore
Tumpuan :
Nasional

4 lokasi SJR di Melaka pantau keselamatan

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi strategik bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, kira-kira 20 pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka ditugaskan bagi SJR terbabit.

“Di Melaka terdapat empat lokasi yang dikenal pasti membabitkan dua di daerah Melaka Tengah dan masing-masing satu di Jasin serta Alor Gajah, SJR.

“Bagaimanapun lokasi SJR ini diadakan akan berubah-ubah mengikut kesesuaian serta keperluan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Di Melaka Tengah misalnya, dua S-J-R dibuka di laluan hadapan pejabat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, M-B-M-B, Air Keroh dan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin di Malim.

Beliau berkata, SJR itu sudah bermula sejak semalam sehingga suatu tempoh yang ditetapkan.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelaksanaan SJR itu adalah sebahagian daripada usaha PDRM untuk mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence atau kehadiran anggota polis dan akan dijalankan secara penugasan 24 jam.

Loading...
Terkini