comscore
Tumpuan :
Nasional

4 majikan, 66 warga asing dicekup dalam operasi gempur rumah urut 

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Empat majikan warga tempatan dan 66 warga asing diberkas dalam operasi menggempur rumah urut oleh Jabatan Imigresen Johor, bermula 1 hingga 2 Mac lalu.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata, serbuan membabitkan 34 premis di daerah Segamat, Muar, Batu Pahat dan Mersing.

“Seramai 324 warga asing diperiksa dalam operasi berkenaan. Antara yang ditahan termasuk 5L  dan 37P warganegara Thailand, Mynmmar (7L), Vietnam (4 P), warga Indonesia (1L dan 2 P) warga China (2P), Sri Lanka (2L dan 1 P) dan satu lelaki warga Bangladesh” katanya dalam satu kenyataan.

Tegasnya, turut diberkas 4 lelaki warga tempatan yang dipercayai penjaga premis dan majikan masing-masing berumur 21 hingga 43 tahun.

Ujarnya, siasatan awal mendapati semua warga asing yang ditahan berumur 18 hingga 54 tahun telah menyalahgunakan pas lawatan sosial, pas lawatan kerja sementara dan tinggal lebih masa.

Semua yang ditahan disiasat di bawah seksyen 6(1)(c) tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, seksyen 15(1)(c) tinggal lebih masa dan 11(7)(a), peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu salah guna pas lawatan sosial (PLS) dan peraturan 39(b) peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Ke semua tahanan dibawa ke depot Imigresen Pekan Nenas, Pontian untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini