comscore
Tumpuan :
Nasional

4 Maut akibat demam denggi minggu lalu

PUTRAJAYA: Bilangan kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi ke-43 tahun 2022 (ME43/22) menunjukkan penurunan sebanyak 9.5 peratus atau 154 kes iaitu 1,460 kes berbanding 1,614 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata sepanjang ME43/22 juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak empat kematian akibat komplikasi demam denggi.

Walaupun bilangan kes pada ME43/22 menunjukkan penurunan, secara kumulatif setakat minggu lalu sebanyak 49,569 kes demam denggi dilaporkan berbanding 21,707 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya, ia membabitkan peningkatan sebanyak 27,862 kes atau 128.4 peratus.

“Sebanyak 33 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 16 kematian bagi tempoh sama pada 2021, iaitu peningkatan sebanyak 17 kematian atau 106.3 peratus,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Pada masa sama, Dr. Noor Hisham berkata, KKM merekodkan peningkatan lima lokaliti titik panas daripada 51 lokasi pada ME42/22.

Beliau berkata, daripada 56 lokaliti itu, sebanyak 35 lokaliti titik panas (62 peratus); 15 atau 27 peratus di Sabah; empat (7 peratus) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala masing-masing satu (2 peratus) lokaliti titik panas dikesan di Negeri Sembilan serta Melaka. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini