comscore
Tumpuan :
Nasional

4 pengarah syarikat direman, beri rasuah hampir RM230,000

Foto: SPRM

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman empat orang pengarah syarikat kerana disyaki telah memberikan wang suapan berjumlah sekitar RM230,000.00 yang dibayar secara pindahan secara dalam talian dan mesin wang tunai ke akaun pegawai majlis perbandaran.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, perintah reman selama 5 hari yang bermula hari ini sehingga 13 Mac bagi suspek pertama, kedua dan keempat.

“Manakala perintah reman selama 6 hari bermula dari hari ini sehingga 14 Mac ke atas suspek ketiga telah dikeluarkan oleh Majistret Tuan Arif Danial Shah Bin Shahril Noor selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi,” menurut kenyataan itu.

Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia sekitar 30-an sehingga 40-an dipercayai telah melakukan kesalahan tersebut dari tahun 2020 sehingga 2023 sebagai balasan perlantikan keempat-empat syarikat tersebut bagi kerja-kerja kontrak pembersihan yang bernilai kira-kira RM2 juta.

“Suspek telah ditahan kira-kira jam 7.30 petang semalam sehingga 2 pagi hari ini ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor, “ katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, siasatan dijalankan di bawah Sekyen 17 (b) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini