comscore
Tumpuan :
Nasional

4 sekeluarga nyaris maut, kereta terbabas dalam parit

Foto ihsan JBPM

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Empat sekeluarga nyaris maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam parit di Jalan Melaka Pindah, Alor Gajah di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, sepasang suami isteri masing-masing berusia 52 dan 51 tahun serta anak mereka berusia 14 tahun cedera ringan.

Foto ihsan JBPM

Seorang lagi mangsa yang juga anak saudara pasangan terbabit yang berusia 25 tahun turut cedera ringan.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Nazri Mat Aris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.07 pagi.

Kata beliau, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama 10 pegawai dan anggota kemudian ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Sebaik tiba di lokasi 12 minit kemudian, didapati benar berlaku kemalangan membabitkan Proton Persona terbabas di bahu jalan.

“Semua mangsa selamat dan berjaya dikeluarkan sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan.

Foto ihsan JBPM

Nazri berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 11.23 pagi dan tugas seterunya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mangsa iaitu pasangan suami isteri berusia 51 dan 52 tahun, anak lelaki berusia 14 tahun serta anak saudara lelaki berusia 23 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

“Sebelum kejadian difahamkan semua mereka dalam perjalanan dari Machap Umboo menghala ke Alor Gajah,” katanya.

Loading...
Terkini