Tumpuan :
Nasional

4 struktur haram atas rezab jalan awam dirobohkan DBKL

Operasi berkenaan turut membabitkan agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. – Foto FB DBKL

KUALA LUMPUR: Empat unit struktur yang dibina di atas rezab jalan awam secara haram di sekitar Bandar Tun Razak, di sini, dirobohkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi bersepadu kelmarin.

“Sebanyak empat unit struktur yang dibina di atas rezab jalan awam tanpa kelulusan dikenakan tindakan roboh serta-merta mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Semua sisa struktur yang dirobohkan juga sudah dilupuskan oleh DBKL selepas operasi selesai,” kata DBKL dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook hari ini.

 

Operasi berkenaan turut membabitkan agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. – Foto FB DBKL

Selain DBKL, operasi berkenaan turut membabitkan agensi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam.

Kenyataan berkenaan turut memaklumkan DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan selepas ini dan meminta sebarang aduan disalurkan ke pautan https://adukl.dbkl.gov.my.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini