comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 4 sekeluarga maut, kereta terbakar rempuh belakang lori tanah

KAMPAR: Seorang wanita bersama tiga anaknya maut manakala seorang lagi parah selepas kereta mereka merempuh belakang lori muatan tanah sebelum terbakar di Kilometer 310.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, dekat sini, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dibantu BBP Gopeng digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 2.03 pagi.

Foto ihsan bomba

Menurutnya, empat mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Azriyani Abdul Latif, 45,  Muhammad Azib, 23; Siti Nur Aminah, 8, dan Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5.

Manakala mangsa yang parah dikenali sebagai Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7.

Foto ihsan bomba

“Empat mangsa yang menaiki kereta Proton Saga maut manakala seorang kanak-kanak lelaki yang turut menaiki kenderaan itu cedera parah. Pemandu lori tanah bagaimanapun tidak cedera.

“Sejurus melanggar belakang lori, Proton Saga dinaiki lima individu itu terbakar di bahagian but hadapan. Kebakaran turut menyebabkan lecuran pada sebahagian mangsa yang maut.

Foto ihsan bomba

“Terdapat dua orang mangsa tersepit ketika kejadian. Kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam dengan menggunakan alat pamadam api”, katanya dalam kenyataan pagi ini.

Foto ihsan bomba

Katanya, kematian empat mangsa berkenaan disahkan oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM).

Semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar.

Manakala, mangsa yang parah dibawa ke Hospital Tapah .

Loading...
Terkini