Tumpuan :
Nasional

4 wakil Sabah terpilih sebagai finalis Miss World Malaysia 2023

Foto NSTP

KOTA KINABALU: Seramai empat wakil dari Sabah terpilih sebagai finalis Miss World Malaysia 2023.

Mereka yang layak ialah Ellesha Meschille, Shu Wen Chai, Soen Tan dan Yvete Jace, yang tampil dengan personaliti menawan.

Mereka adalah antara 14 peserta Miss World Malaysia 2023 yang sekali lagi diadakan di Sabah selepas penganjurannya pada tahun lalu.

Isu berkaitan pendidikan, kanak-kanak dan kebajikan haiwan adalah antara misi yang ingin diperjuangkan keempat-empat peserta dari Sabah bagi merebut gelaran Miss World Malaysia kali ini.

Malam tadi, semua finalis yang baru tiba di Kota Kinabalu diraikan dalam majlis makan malam yang dihoskan The Crab House Seafood Restaurant, Kota Kinabalu.

Seramai 10 finalis Miss World Malaysia 2023 lagi ialah Adlyn Jayne Andrew, (Selangor), Lyna Tan (Selangor), Maria Misha (Sarawak), Natalie Ang (Pulau Pinang), Priya DK (Selangor), Rebecca Shalom (Johor), Saroop Roshi (Perak), Sisnitha (Pulau Pinang), Vaishanavi (Selangor) dan Xiao Zi (Pahang).

Sementara itu, HyperLive Entertainment dan Fantastic Golden selaku penganjur Miss World Malaysia 2023 berkata, persembahan realiti termasuk program awal diadakan bermula 18 hingga 24 Ogos, diikuti acara kemuncak di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 25 Ogos ini.

Katanya, ia kemudian disusuli HyperLive Festival Malaysia Charity Gala dan Majlis Makan Malam Anugerah akan diadakan di Pacific Sutera Ballroom, di sini, pada 26 Ogos ini.

Loading...
Terkini