comscore
Tumpuan :
Nasional

40 motosikal disita polis di Baling

Anggota polis memeriksa dokumen Penunggang motosikal yang diperiksa dalam Op Motosikal yang dilakukan di Kampung Surau dan Kampung Bakai, Malau. FOTO: Ihsan PDRM

BALING: 40 buah motosikal disita polis dalam operasi Op Motosikal di Kampung Surau dan Kampung Bakai, Malau di sini semalam kerana dipercayai melakukan kesalahan termasuk mengubah suai ekzos.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling dengan kekuatan seorang pegawai kanan dan 24 anggota bermula jam 4 petang hingga 1 pagi tadi.

“Secara keseluruhan sebanyak 261 jumlah saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

“Sebanyak 40 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan terutama kesalahan ubah suai motosikal iaitu mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

“Walau bagaimanapun, IPD Baling akan terus mempertingkatkan operasi bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya kegiatan motosikal dan kesalahan lalu lintas yang dilakukan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, semua motosikal yang disita itu dibawa ke IPD Baling untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini