comscore
Tumpuan :
Nasional

40 pendatang ditahan dalam 19 serbuan di Johor

Dalam operasi ini, Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor telah memeriksa seramai 246 warga asing di 19 premis sekitar Gelang Patah, Johor Bahru.

Oleh: Zahir Senapiah.

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen (JIM) Johor menahan 40 pendatang asing kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dalam serbuan di 19 premis sekitar Gelang Patah, semalam.

Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, kesemua yang ditahan membabitkan 27 lelaki warga Bangladesh, India (tujuh), Nepal (tiga), Pakistan (dua) dan China (seorang) berusia antara 19 hingga 42 tahun.

Dalam operasi ini, Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor telah memeriksa seramai 246 warga asing di 19 premis sekitar Gelang Patah, Johor Bahru.

Menurutnya, dalam operasi ini seramai 246 warga asing telah diperiksa oleh Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor.

Ujarnya, serbuan dibuat susulan aduan yang diterima warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Dalam operasi ini, Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor telah memeriksa seramai 246 warga asing di 19 premis sekitar Gelang Patah, Johor Bahru.

“Kesemua warga asing yang ditahan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa,” katanya.

Dalam operasi ini, Bahagian Penguatkuasaan JIM Johor telah memeriksa seramai 246 warga asing di 19 premis sekitar Gelang Patah, Johor Bahru.

Tambah beliau, kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ujarnya, JIM Johor akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap PATI yang melanggar undang-undang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini