HOME / Nasional

Larangan termasuk pekerja Malaysia di Singapura dan Thailand

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang untuk memasuki negara berkenaan, bermula esok.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata keputusan itu selari dengan pengumuman kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac ini, di seluruh negara.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sudah mengumumkan perkara itu malam tadi, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengambil langkah sewajarnya mengikut keputusan dibuat.

“Bermula esok, semua rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan Thailand dilarang memasuki negara berkenaan,” katanya ringkas ketika dihubungi, hari ini.