comscore
Tumpuan :
Nasional

4,263 doktor kontrak diserap tahun ini

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan penyediaan jawatan tetap kepada doktor kontrak berada di landasan yang betul.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, setakat ini seramai 4,263 doktor kontrak telah diserap ke dalam perkhidmatan.

“Seperti yang dinyatakan oleh kerajaan dan Perdana Menteri, kita telah meletakkan 12,800 sasaran doktor kontrak untuk kita serapkan ke dalam skim jawatan tetap dalam masa 3 tahun.

“Tahun ini seramai 4,263 jumlah pegawai perubatan kontrak yang akan kita serapkan dalam penempatan tetap dan Insya-Allah memang kita sedang laksanakan,” katanya.

Beliau ditemui berkata demikian selepas menghadiri Sesi Town Hall Zon Tengah Kertas Putih Kesihatan di sini hari ini.

Awal bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu penyerapan doktor lantikan kontrak ke jawatan tetap dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga tahun.

Katanya, penyerapan itu perlu dibuat secara berperingkat selepas mempertimbangkan implikasi kewangan perlu ditanggung kerajaan, jika ia diselesaikan secara sekali gus.

Sehubungan itu, katanya, seramai 4,300 daripada 20,333 doktor lantikan kontrak di seluruh negara yang akan diserap ke jawatan tetap secara sekali gus tahun ini.

Loading...
Terkini