comscore
Tumpuan :
Nasional

44 kes Melioidosis direkodkan di Sabah 

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: 44 kes Melioidosis dicatatkan di Sabah hingga Minggu Epidemiologi (ME) ke-14 tahun ini.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata enam daerah tertinggi yang melaporkan kes Melioidosis ialah Sandakan (12), Kota Kinabalu (11), Papar (5), Penampang (5), masing-masing dua kes di Sipitang dan Keningau, katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Mengulas mengenai isu tular melalui Facebook berkenaan kawalan persekitaran bagi penyakit berjangkit Melioidosis di Padang Ragbi, Tanjung Aru, beliau berkata pihaknya mengesahkan satu kes penyakit melioidosis di lokaliti terbabit yang dinotifikasikan pada 11 Mac 2024.

“Sampel tanah telah diambil di lokaliti berkenaan berdasarkan pergerakan kes yang pernah bermain ragbi di padang ragbi itu.

“Satu sampel didapati positif dengan bakteria Burkholderia Pseudomallei iaitu agen penyebab kepada penyakit Melioidosis.

Pesakit telah memberikan sejarah mengalami luka di bahagian kaki semasa bermain ragbi yang mungkin menyebabkan jangkitan kepada beliau,” katanya.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mengesahkan penutupan Padang Ragbi Tanjung Aru, di sini, disebabkan jangkitan penyakit melioidosis, seperti tular di media sosial.

Dr Asits berkata penyakit Melioidosis ialah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Burkholderia Pseudomallei yang terdapat di permukaan air dan tanah.

Katanya, manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria terbabit dan jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu musim hujan.

“Transmisi jangkitan boleh berlaku melalui saluran pernafasan (debu atau titisan air yang tercemar), terminum air yang tercemar atau melalui luka di kulit.

“Golongan yang berisiko tinggi ialah mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, talasemia, kanser atau lain-lain keadaan daya tahan (imuniti) badan yang rendah,” katanya.

Beliau berkata antara gejala yang mungkin dialami adalah seperti demam yang tinggi, sakit sendi, batuk, sakit dada, kudis, bisul, nanah, sakit kepala, tiada selera makan dan rasa lesu seluruh badan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

May be an image of text that says 'JABATAN NEGERI SABAH BERJANGKIT Jabatan Kesihatan Negeri Sabah media Persekitaran Bagi Penyakit ingin merujuk Aru, Facebook Berjangkit berkenaan Kinabalu, penyakit melioidosis Kawalan Jabatan 2024. Sampel Padang Ragbi, satu telah tersebut yang dinotifikasikan lokaliti diambil berdasarkan padang ragbi tersebut. pergerakan kes yang pemah bermain ragbi didapati positif dengan bakteria Burkholderia agen penyebab kepada penyakit melioidosis. Pesakit telah memberikan sejarah mengalami luka bahagian kaki semasa bermain mungkin menyebabkan jangkitan kepada beliau. Sehingga Minggu Epidemiologi (ME) telah didaftarkan peningkatan sebanyak tahun 2024, sebanyak seluruh pada Sabah. berbanding dengan sama pada tahun 2023 kes yang jumlah sebanyak tertinggi yang Kinabalu melioidosis Sipitang Penampang'

May be an image of text that says 'Penyakit jangkitan dan tanah. terdapat kepada tanah Jangkitan tercemar berlaku terutamanya titisan berlaku bakteria yang tercemar), musim hujan. Golongan pernafasan (debu berisiko tinggi luka talasemia, kanser kencing manis, adalah mereka yang menghidap pinggang, lain-lain keadaan (imuniti) badan Antara gejala tinggi, mungkin dada, adalah seperti nanah, seluruh badan. Penyakit kepala, perlu antibiotik tertentu. boleh dirawat daripada mendapat jangkitan daripada kematian. mengelakkan pesakit, terutamanya golongan berisiko teruk pendedahan menasihatkan tanah ramai untuk sumber yang penyakit seperti kencing manis kawalan kulit serta terutamanya pelitup adalah penggunaan pinggang. Langkah- bagi mereka yang kepada sumber tanah sarung pada anggota dengan demam dengan atau tercemar.'

May be an image of text that says 'JKNS sentiasa memantau kejadian penyakit melioidosis dan mempertingkatkan aktiviti promosi kesihatan kepada masyarakat berkaitan dengan langkah-langkah kawalan dan pencegahan. Sekian, terima kasih. DATUK DR. ASITS BIN SANNA PENGARAH KESIHATAN NEGERI SABAH 13 April 2024'

Loading...
Terkini