comscore
Tumpuan :
Nasional

44 loji LRA Ranhill SAJ terima sijil HACCP SIRIM yang pertama di Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar menerima sijil Malaysia book of record atas kejayaan 44 loji LRA menerima sijil Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) di Johor Bahru, petang tadi.

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Ranhill SAJ muncul operator air pertama di Malaysia memiliki persijilan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) untuk 44 buah Loji Rawatan Air (LRA) dari Institut Piawaian dan penyelidikkan Perindustrian Malaysia (SIRIM).

Kejayaan itu membolehkan Ranhill SAJ mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Records.

Pensijilan HACCP adalah satu proses penilaian yang berpandukan kepada kehendak dan pematuhan kepada Good Manufacturing Practices (GMP), piawaian MS 1480, Standard Kualiti Air Minum Kebangsaan dan Akta Makanan 1983, oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dengan pensijilan HACCP ini, proses rawatan air oleh Ranhill SAJ menerima pengiktirafan kerana berjaya mengawal dan meminimakan risiko pencemaran air terawat.

Dengan cara itu, semua risiko kepada kesihatan pengguna dapat dikenalpasti pada peringkat awal, sekaligus memenuh keselamatan makanan dan kehendak pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Muhamad Faizal Aliar berkata, 2023 adalah tahun terbaik bagi pihak Ranhill SAJ susulan kejayaan di peringkat nasional apabila berjaya merangkul anugerah berprestij berkenaan.

“Ianya sekaligus menambah keyakinan kepada semua pengguna air di Johor bahawa air yang dibekalkan adalah selamat  dan berkualiti tinggi. Malah pengiktirafan ini membuktikan kami sentiasa memberi fokus kepada aspek kesihatan dan keselamatan melalui analisa dan kawalan dalam setiap proses rawatan air bersih sebelum ianya dibekalkan kepada pengguna” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, sebentar tadi.

Beliau berkata, usaha itu hasil kesungguhan ditunjukkan oleh anggota Ranhill SAJ yang terlibat dengan tempoh yang lama dan baki  dua loji rawatan air lagi dalam proses akhir menerima sijil HACCP.

“Ranhill SAJ mahu jadikan kejayaan ini sebagai suntikan semangat untuk berusaha lebih gigih lagi dalam menghadapi variasi cabaran akan datang sekaligus membolehkan Ranhill SAJ memenuhi permintaan pengguna yang sentiasa mahukan perkhidmatan bekalan air yang
berkualiti”  jelas beliau lagi.

Loading...
Terkini