
KUALA TERENGGANU: Seramai 46 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari tiga negara yang ditahan di negeri ini, dihantar pulang ke negara asal, semalam.
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri, Mohd Yusri Mohd Nor berkata, mereka dihantar pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) Terminal 1 dan Terminal 2.
Katanya, PATI yang dihantar pulang ke negara asal ditahan dalam beberapa serbuan di sini dan selesai menjalani proses undang-undang atas kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“PATI yang dihantar pulang ke negara asal adalah 40 lelaki Bangladesh, lelaki warga India (empat) dan dua orang termasuk seorang wanita dari Syria.
“Semua PATI itu berusia antara 18 tahun dan 55 tahun,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, PATI yang dihantar pulang ke negara asal itu akan disenaraihitamkan dalam sistem JIM.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.