comscore
Tumpuan :
Nasional

49 PATI ditahan di tapak pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis

Oleh: Kumaran Rajamoney

KANGAR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri Perlis menahan 49 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam satu serbuan di tapak pembinaan Sekolah Sukan Malaysia fasa satu di Bukit Chabang, dekat Padang Besar awal pagi tadi.

Pengarah JIM Perlis, Khairul Amin Talib dalam satu kenyataan memaklumkan serbuan dilakukan sekitar jam 1.10 pagi oleh Bahagian Penguatkuasaan setelah pemantauan dan risikan dijalankan di lokasi itu.

“Dengan kekuatan anggota seramai 17 orang Pegawai Imigresen pelbagai pangkat, pemeriksaan dijalankan terhadap 101 orang warga asing dan seramai 49 daripada mereka telah ditahan kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan telah tinggal lebih masa di Malaysia.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah terdiri daripada 3 orang lelaki warga Indonesia, seorang lelaki warga India, 44 orang lelaki warga Bangladesh dan seorang perempuan warga Bangladesh,” katanya.

Kesemua PATI itu yang berusia lingkungan 19 hingga 54 tahun itu ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Kuala Perlis untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kesemua mereka dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana telah tinggal lebih masa di Malaysia dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana melindungi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini