comscore
Tumpuan :
Nasional

5 cedera bas ekspres terbabas dalam longkang

FOTO: Ihsan Bomba

BATU PAHAT: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terpaksa memotong cermin hadapan untuk mengeluarkan 11 penumpang dan pemandu selepas sebuah bas ekspres terbabas dan memasuki longkang dalam kemalangan di Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan dekat Yong Peng, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.56 pagi, bas terbabit dalam perjalanan ke Johor Bahru menyebabkan lima daripadanya cedera termasuk pemandu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng, Muhammad Farhan Ahmad berkata, pihaknya tiba di lokasi jam 4.04 pagi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, sebaik tiba, pihaknya mendapati pintu bas rosak dan 11 penumpang masih terperangkap di dalamnya.

“Kami segera menggunakan peralatan khas untuk memotong cermin hadapan bagi mengeluarkan kesemua penumpang bas terbabit.

“Kelima-lima mereka yang cedera adalah terdiri empat penumpang serta seorang pemandu bas serta diberikan rawatan segera oleh pasukan perubatan yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, tiga mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS.

Katanya, operasi menyelamat mangsa membabitkan 14 anggota dari Balai Bomba Yong Peng dan Ayer Hitam tamat jam 5.18 pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini