Tumpuan :
Nasional

5 cedera dua kereta bertembung

Oleh: Zahir Senapiah

TANGKAK: Lima cedera selepas dua buah kereta Proton bertembung di Jalan Kebun Baru – Bukit Kepong, dekat sini, malam tadi.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira jam 9.37 malam tadi membabitkan lima mangsa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Johor, sebuah jentera bersama 18 anggota diketuai
Pegawai Bomba Kanan Dua, Rahimi Rahmat bergegas ke lokasi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu Proton Persona dan Proton Saga yang dinaiki lima orang termasuk tiga wanita.

“Pemandu Proton Persona tersepit di dalam kenderaannya.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkannya kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Selain itu, tiga wanita berumur 29 hingga 50 tahun yang berada dalam kereta Proton Persona turut cedera.

Manakala seorang lelaki yang memandu Proton Saga berumur 30-an juga cedera.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan.

Polis masih menyiasat punca sebenar kemalangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini