Tumpuan :
Nasional

5 cedera kenderaan dihempap pokok

Pasukan bomba dan APM mengalihkan dahan pokok yang tumbang ke kawasan selamat dalam kejadian di Jalan Rosok Bengkahak, pagi tadi.

KOTA BELUD: Lima individu cedera selepas kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Rosok Bengkahak, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Setakat ini, identiti semua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa dan dikejarkan ke Hospital Kota Belud belum diperolehi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Syazwan Latun, berkata sebaik menerima panggilan jam 9.44 pagi, sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kejadian didapati sebatang pokok tumbang menghempap kereta Perodua Kelisa.

“Lima mangsa terbabit dikeluarkan dan dihantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba dengan dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan operasi memotong pokok tumbang menggunakan peralatan khas gergaji berantai.

“Seterusnya mengalihkan dahan pokok tumbang ke tempat selamat.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.11 pagi,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini