Tumpuan :
Nasional

5 rumah di Membakut terbakar

FOTO: Ihsan bomba

Oleh: Safwan Sawi

BEAUFORT: Lima buah rumah terbakar dalam kejadian di Kampung Jambatan Baru, Membakut, di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.40 pagi.

Beliau berkata, seramai 14 pegawai dan anggota bersama dua jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 18.5 kilometer dari balai bomba.

“Sebaik tiba di lokasi didapati lima rumah terbakar dan operasi pemadaman menggunakan dua aliran, empat pancutan dari sumber air jentera dan pili bomba berhampiran.

“Operasi terkawal pada 5.49 pagi dan tiga rumah terbakar sepenuhnya manakala dua lagi terbakar 20 peratus,” katanya.

Menurut Hasbullah, tiada mangsa dilaporkan terbabit dan operasi ditamatkan pada jam 7.41 pagi.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini