comscore
Tumpuan :
Nasional

50 mangsa dipindah ke PPS akibat banjir awal pagi

Banjir melanda Taman Slim Permai, awal pagi tadi. – Foto ihsan JBPM

SLIM RIVER: Sebanyak 20 keluarga membabitkan 50 penduduk terpaksa ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila kawasan perumahan mereka di Taman Slim Permai, di sini, ditenggelami banjir, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, ada mangsa banjir yang berpindah sendiri ke kawasan selamat selepas menyedari kawasan perumahan itu mula dinaiki air.

Pihak JBPM Perak menerima maklumat berhubung kejadian banjir itu kira-kira jam 1.30 pagi.

Susulan itu, katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi sebelum membantu memindahkan mangsa banjir terbabit ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River dengan menggunakan lori dan kenderaan pacuan empat roda.

“Operasi tamat jam 3.07 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan sambil memaklumkan pihak bomba akan terus membuat pemantauan secara berkala di kawasan terbabit.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini