Tumpuan :
Nasional

50 rumah dianggarkan tenggelam di Kapar

Foto hiasan

SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di daerah Klang meningkatkan kepada 39 keluarga membabitkan 159 mangsa susulan banjir yang berlaku sejak semalam.

Setakat jam 7.30 pagi tadi, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Balai MPKK Bukit Kapar dan Sekolah Kebangsaan Sg Binjai di sini.

“Bagi PPS Balai MPKK Bukit Kapar, jumlah mangsa yang berlindung di sini seramai 21 mangsa daripada lima keluarga.

Di PPS SK Sg Binjai pula, seramai 138 mangsa daripada 34 keluarga yang terjejas akibat banjir,” katanya.

Pemantauan dan membuat tindakan susulan akan diteruskan berikutan kejadian banjir berkenaan.

Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi, berkata, air mulai naik setinggi 0.3 meter kira-kira jam 7 petang semalam.

Katanya, sebanyak 50 rumah penduduk dianggarkan tenggelam.

“Punca banjir dikenalpasti berikutan hujan sangat lebat dalam tempoh singkat di hulu kawasan bukit; sistem saliran dalaman yang tidak sempurna serta tidak dapat menampung kapasiti air larian yang tinggi.

“Saliran dalaman di kawasan Jalan Kempas tidak dapat menampung kapasiti larian air hujan dari kawasan tinggi dari Bukit Cerakah dan Bukit Kapar,” katanya.

Beliau berkata, cadangan penyelesaian jangka pendek adalah merancang sistem saliran di kawasan kediaman dan kebun yang lebih sistematik ke parit utama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS); meningkatkan kekerapan penyelenggaraan saliran serta naiktaraf sistem perparitan Kampung Bukit Kapar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini