comscore
Tumpuan :
Nasional

50 warga asing dicekup JIM Johor

FOTO: Ihsan JIM

JOHOR BAHRU: Seramai 50 warga asing termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam operasi dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam beberapa serbuan, semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, 48 warga asing dipercayai bekerja dan tinggi di negara ini tanpa sebarang pas atau permit yang sah, serta tinggal lebih masa di Malaysia.

Katanya serbuan di jalankan pegawai Bahagian Penguatkuasa JIM cawangan Muar, Batu Pahat, Johor Bahru dan Pontian.

FOTO: Ihsan JIM

“Penahanan kesemua suspek hasil pemeriksaan terhadap 63 premis di empat daerah yang melibatkan, 34 premis di Johor Bahru, 13 premis di Batu Pahat, 11 premis di Pontian dan lima premis di Muar.

“Dalam operasi ini seramai 266 warga asing diperiksa. Penahanan 50 warga asing termasuk dua kanak-kanak lelaki dari Indonesia dan Myanmar.

“Penahanan membabitkan 26 warga Myanmar, Indonesia (tujuh), Bangladesh (tujuh), Nepal (empat) dan masing-masing seorang dari India, Vietnam dan Pakistan yang berumur tiga hingga 52 tahun,”katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Baharuddin, kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Selain melakukan kesalahan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Kita telah mengesan 19 lokasi yang menjadi tumpuan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) seluruh negeri Johor.

“Sebanyak enam notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini