comscore
Tumpuan :
Nasional

500 murid B40 di Pantai Timur terima manfaat ‘Jelajah Generasi Pintar’

PETALING JAYA: Seramai 500 pelajar dalam kalangan keluarga B40 menerima sumbangan kelengkapan persekolahan melalui program tanggungjawab sosial ‘Jelajah Generasi Pintar’ rangkaian pasar raya besar Mydin.

Sumbangan membabitkan barangan seperti pakaian seragam sekolah, kasut sekolah, beg sekolah dengan melibatkan lokasi antaranya cawangan Meru di Perak, Jengka dan Kuantan di Pahang, Kuala Terengganu di Terengganu serta Tunjong di Kelantan.

“Kali ini pihak kami menumpukan bantuan ke kawasan pantai timur. Kami sedia maklum ada yang teribat dengan bencana banjir dan menyebabkan kerugian yang besar serta tentunya memberi impak terutamanya mereka dari keluarga yang memerlukan.”

“Kami mahu melihat kegembiraan dan semangat murid-murid ini untuk pergi ke sekolah dengan pakaian yang baharu. Walaupun tidak dapat membantu semua yang memerlukan, kami berharap lebih banyak syarikat korporat serta individu berkemampuan untuk turut sama-sama menyumbang.” ujar Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin.

Baru-baru ini, jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara, PPS di Kelantan, Terengganu dan Pahang melonjak ekoran gelombang ketiga banjir susulan Monsun Timur Laut yang bermula sekitar pertengahan November hingga penghujung Februari atau awal Mac ini.

Loading...
Terkini