comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 5,000 ayam rentung, ladang ternakan terbakar


KUCHING: Kira-kira 5,000 ayam yang diternak di sebuah ladang ternakan di Jalan Matang di sini, musnah dalam kebakaran hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.11 pagi.

Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dibantu lapan anggota dari BBP Batu Lintang diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi pada 7.33 pagi didapati api sedang marak reban ayam itu dan anggota segera melakukan pemadaman bagi mengelak daripada merebak.

“Terdapat 11 reban semuanya di ladang ternakan seluas kira-kira lapan hektar itu dan hanya satu sahaja yang musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian serta anggaran kerugian yang dialami penternak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini