comscore
Tumpuan :
Nasional

51 kes pulih, 38 kes baharu hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak 51 kes pulih daripada jangkitan wabak COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,404 kes atau 81.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bagi kes baharu pula sebanyak 38 kes dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 7,857 kes.

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 26 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara

“Daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah kes bukan warganegara dan hanya enam kes dalam kalangan warganegara Malaysia.

“Sehingga kini, seramai lapan kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua individu masih memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini tiada pertambahan kes kematian dan jumlahnya kekal sebanyak 115 kes iaitu 1.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Loading...
Terkini