comscore
Tumpuan :
Nasional

529 mangsa banjir di Sabah, Pahang dan Johor direkodkan petang ini

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) melakukan pemantauan di kawasan terjejas banjir di Beluran. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang merekodkan penurunan manakala Sabah mencatatkan sedikit peningkatan menjadikan jumlah terkini keseluruhan mangsa seramai 529 orang setakat jam 4 petang ini berbanding 663 orang yang dilaporkan pagi tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 4 petang, seramai 234 mangsa banjir daripada 83 keluarga di Sabah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di Beluran dan Sandakan.

Menurut portal itu, mangsa banjir di Sabah membabitkan 63 lelaki dewasa, 50 perempuan dewasa, 18 kanak-kanak lelaki dan 25 kanak-kanak perempuan.

Foto: NSTP

Sementara itu, di Pahang katanya seramai 130 mangsa banjir daripada 45 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Aur dan SK Leban Chondong di Rompin.

“Mangsa banjir di Pahang terdiri daripada 20 lelaki dewasa, 44 perempuan dewasa, 26 kanak-kanak lelaki dan 34 kanak-kanak perempuan.

“Di Johor, seramai 165 mangsa banjir daripada 48 keluarga berlindung di empat PPS iaitu dua PPS di Segamat dan masing-masing satu di Kota Tinggi dan Batu Pahat.

“Jumlah mangsa banjir di Johor membabitkan 63 lelaki dewasa, 50 perempuan dewasa, 18 kanak-kanak lelaki dan 25 kanak-kanak perempuan serta tiga orang kurang upaya (OKU) perempuan dan 10 OKU lelaki,” katanya.

Loading...
Terkini