comscore
Tumpuan :
Nasional

53 motosikal disaman, 6 disita di Lebuhraya SUKE

Foto hiasan

AMPANG JAYA: Enam motosikal termasuk lima yang ditunggangi warga asing disita selepas didapati melakukan kesalahan pengubahsuaian ekzos ‘terperangkap’ dalam operasi di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), pagi kelmarin.

Dalam operasi sama 63 saman dikeluarkan terhadap 53 penunggang motosikal yang didapati melakukan kesalahan trafik

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazruel Ekram Abu Saare berkata, operasi bermula jam 7.30 pagi itu dijalankan sepasukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di laluan motosikal.

“Op Motosikal itu adalah bertujuan untuk mengesan pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.

“Saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan-kesalahan lazim antaranya tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi serta ubah suai ekzos,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nazruel berkata, pihaknya turut menyita enam motosikal jenis Yamaha Lagenda, Yamaha Y15, Yamaha 135LC serta Honda Wave.

Katanya, tindakan diambil mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini