comscore
Tumpuan :
Nasional

53,370 tiket bas ekspres balik raya ke Kelantan habis dalam dua jam

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail (tengah) bersama pekerjanya memperkenalkan sistem track my bus untuk pengguna mengesan lokasi bas selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada anak yatim dan asnaf ketika ditemui di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, di sini, hari ini. FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara habis terjual tempoh dua jam sahaja, bagi perjalanan pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail, berkata sambutan diterima amat menggalakkan sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

“Tiket bas untuk pulang ke Kelantan dalam tempoh enam hari bermula 4 hingga 9 April sudah habis terjual dalam tempoh dua jam sahaja selepas jualan tiket dibuka.

“Alhamdulillah sebanyak 1,186 trip perjalanan pulang ke Kelantan untuk menyambut Aidilfitri dan Konsortium E-Mutiara mempunyai 70 buah bas ekspres.

“Kita menjangkakan akan menambah satu atau dua buah bas untuk perjalanan Kuala Lumpur ke Kelantan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan zakat kepada anak yatim dan asnaf di pejabatnya, di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, seramai lebih 300 asnaf dan anak yatim menerima sumbangan zakat yang dianjurkan setiap tahun.

Mengulas lanjut katanya, beliau tidak menyangka sambutan diterima begitu menggalakkan sedangkan mereka mula menjual tiket lebih lewat berbanding pengusaha bas lain.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini