comscore
Tumpuan :
Nasional

558 penduduk terjejas selepas banjir landa Long Bemang

Rumah panjang di Kampung Long Bemang, Hulu Baram dilanda banjir sejak semalam. – Foto ihsan JBPM

KUCHING: Seramai 558 penduduk Kampung Long Bemang, Hulu Baram dalam Bahagian Miri terjejas apabila kediaman mereka dilanda banjir sejak semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, banjir mula melanda kampung itu pada jam 5 pagi semalam akibat hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.

Menurutnya, pemantauan oleh anggota Persatuan Bomba Sukarela (PBS) Long Bemang pada jam 7.30 pagi ini mendapati paras air semakin naik.

“Ketika pemantauan pagi ini, air berada pada paras 0.5 meter dan trend air didapati terus naik.

“Keadaan cuaca pula mendung dan dikhuatiri hujan akan berlaku lagi,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 103 rumah penduduk terjejas akibat banjir yang berlalu apabila air Sungai Baram itu melimpah.

“Bagaimanapun, tiada penduduk dipindahkan kerana semua kediaman mereka adalah jenis dua tingkat.

“Ketika ini penduduk yang terjejas tinggal di tingkat atas kediaman masing-masing,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini