comscore
Tumpuan :
Nasional

56 murid diarah balik selepas sekolah dilanda banjir

Bomba memindahkan murid SK Siang-Siang, Lawas selepas sekolah itu dilanda banjir, hari ini. FOTO: Ihsan bomba

KUCHING: Seramai 56 murid yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas di utara Sarawak diarahkan balik ke rumah masing-masing selepas bangunan sekolah berkenaan dilanda banjir, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya dipanggil bagi membantu memindahkan murid-murid terbabit pada jam 7.45 pagi.

Menurutnya, lima anggota berserta sebuah bot dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan asrama sekolah sudah dinaiki air.

“Tinjauan di kawasan sekitar turut mendapati air naik sehingga paras kira-kira 1.5 meter,” katanya.

Berikutan itu katanya, semua murid dibawa menaiki bot dan diserahkan kepada ibu bapa masing-masing dan kemudian terus dibawa balik ke rumah.

Menurutnya, banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat yang melanda sejak semalam dan sehingga jam 10 pagi ini, paras air mula surut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini