comscore
Tumpuan :
Nasional

5G: Perjanjian Langganan Saham DNB Akan Dimuktamad 14 September

Oleh Amanda Lopez

Kerajaan memberi masa dua minggu lagi bagi pengendali rangkaian mudah alih (MNO) untuk menandatangani perjanjian langganan saham (SSA) Digital Nasional Bhd (DNB) selaku agensi pelaksana rangkaian 5G.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata perjanjian pembelian saham itu sepatutnya dimuktamadkan 31 Ogos lalu namun dua MNO menarik diri pada saat akhir.

“Dalam proses itu, kita telah mempersetuju kalau ada yang tidak mengambil bahagian, MNO lain boleh meningkatkan pegangan saham mereka, kalau tidak mereka terhad kepada 70% pegangan saham dibahagiakan antara 6 MNO. Jadi kita dalam proses ini sekarang menjemput mereka untuk menaikkan dan mengambil peluang untuk menaikkan pegangan ekuiti di dalam DNB. Justeru prosesnya tengah berjalan mungkin dalam seminggu dua ini ia akan selesai.” kata beliau apabila bercakap dengan pemberita selepas menghadiri majlis dialog anjuran 30% Club siang tadi.

Setakat ini,  Telekom Malaysia Bhd dan YTL Communications Sdn Bhd telah mendapat kelulusan untuk menandatangani perjanjian ini.

Manakala, Celcom Axiata Bhd dan Digi.Com Bhd memerlukan kelulusan lembaga pengarah untuk meningkatkan pegangan saham di dalam DNB selepas dua MNO menarik diri daripada SSA.

Maxis dan U Mobile pula masih boleh menggunakan kemudahan 5G yang ditawarkan DNB walaupun tidak memiliki pegangan dalam DNB.

Loading...
Terkini