comscore
Tumpuan :
Nasional

6 daerah terjejas banjir di Terengganu

Mohamad Jusoh, 66 meredah banjir memindahkan lembu peliharaannya ke tempat lebih selamat selepas kawasan kebunnya dinaiki air di Kampung Paya Besar. – Foto: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin buruk dengan enam daerah terjejas setakat ini.

Besut daerah terbaru dinaiki air sekali gus menjadikan jumlah mangsa dipindahkan seramai 1,805 orang di seluruh negeri sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, 34 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kemaman dan Besut serta Marang melibatkan 481 keluarga.

Menurutnya, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di Dungun   iaitu 713 mangsa dari 171 keluarga yang kini berlindung di 11 PPS.

Di Hulu Terengganu, seramai 568 mangsa ditempatkan di 10 PPS, manakala di Setiu, seramai 79 mangsa berada di empat PPS.

Kemaman pula menyaksikan seramai 206 mangsa berada di tiga PPS.

Loading...
Terkini