comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 6 generasi berkumpul sambut Aidilfitri

PENGKALAN CHEPA: Mungkin tidak ramai yang cuba atau mahu mengambil inisiatif untuk menelusuri keturunan masing-masing.

Namun bagi keturunan Tok Lebai Awang Kechik @Abdullah, seramai 453 orang hadir dalam satu perhimpunan enam generasi yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Parang Puting di sini, semalam.

Ini kali kedua perhimpunan diadakan selepas kali pertama berlangsung 13 tahun lalu iaitu pada  tahun 2011.

Perancangan perhimpunan ini dicetuskan oleh Profesor Emeritus Datuk Dr Abd Latiff Mohamad, bekas Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang merupakan salah seorang cucu kepada Tok Lebai Awang Kechik.

Perhimpunan kali kedua pada tahun ini berjaya mengumpulkan 48 cucu, 86 cicit, 217 ciut dan 102 piut Tok Lebai Awang Kechik.

Antara aktiviti yang diadakan termasuk menyampaikan sumbangan duit raya kepada 160 kanak-kanak, sumbangan kepada ahli keluarga kurang upaya dan sumbangan kepada asnaf di sekitar kampung berhampiran.

Tok Lebai Awang Kechik meninggal dunia pada tahun 1965 ketika berusia 70an.

Arwah meninggalkan 3 balu dan 9 orang anak.

Arwah digelar Tok Lebai kerana pernah berguru dengan ulama terkenal Kelantan, Tok Kenali dan menjadi tempat rujuk hal ehwal agama Islam kawasan sekitar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini