comscore
Tumpuan :
Nasional

6 individu diambil keterangan susulan penemuan mayat bayi

Foto: Gambar fail

KUALA LUMPUR: Polis telah mengambil keterangan daripada enam individu berhubung penemuan mayat bayi perempuan di bawah sebuah kereta Proton Iswara di tempat letak kenderaan Apartmen Putra Ria, Pantai Dalam, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum menahan individu yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Setakat ini, masih belum ada tangkapan dan kami memerlukan maklumat daripada orang ramai bagi membantu siasatan.

“Polis juga masih menunggu laporan penuh hasil bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi Hatian Metro, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam bungkusan kain di bawah Proton Iswara di tempat letak kenderaan apartmen berkenaan.

Mayat bayi itu didapati mempunyai kesan kecederaan di pipi kiri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini