comscore
Tumpuan :
Nasional

6 keluarga hilang tempat tinggal, empat rumah musnah terbakar

FOTO: NSTP / Ihsan JBPM

GEORGE TOWN: Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka hangus dijilat api dalam kebakaran di Jalan Bukit Dumbar, Jelutong di sini, hari ini.

Dalam kejadian yang membabitkan empat rumah kelas C itu, kebanyakan penghuni dikatakan sedang tidur.

Komander Operasi Kanan Daerah Timur Laut PPgB Rosli Ibrahim berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 4.16 pagi.

Katanya, operasi turut membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubong serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

“Sebaik tiba, didapati kebakaran membabitkan empat rumah kesemua penghuni berjaya keluar menyelamatkan diri.

“Pasukan penyelamat mengambil masa selama 30 minit bagi mengawal api daripada merebak.

“Kerja pemadaman membabitkan tiga penjuru bagi mengawal api daripada merebak,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Rosli berkata, sebanyak tujuh motosikal turut terbakar dalam kejadian itu.

“Laluan sempit dan kabel elektrik yang rendah menyebabkan jentera bomba sukar memasuki kawasan lokasi,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini