comscore
Tumpuan :
Nasional

6 kes baharu, 45 kes pulih hari ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak enam kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 8,596 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada enam kes baharu yang dilaporkan, dua kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara membabitkan seorang warganegara dan seorang pemastautin tetap.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini terdapat 45 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 8,231 kes atau 95.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Tiada pertambahan jumlah kes kematian dilaporkan dan ia kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Loading...
Terkini