comscore
Tumpuan :
Nasional

6 kucing mati lemas terhidu asap, dalam kebakaran 4 rumah

Anggota Bomba memberi rawatan awal terhadap beberapa kucing yang kemudian mati akibat lemas dipercayai terhidu asap. – FOTO: Bomba

SUNGAI PETANI: Enam kucing peliharaan mati dipercayai lemas terhidu asap ketika empat rumah di Jalan Pantai Mereka, Taman Seri Kota Kuala Muda, terbakar, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syukri Hashim, berkata pihaknya sudah berusaha menyelamatkan nyawa kucing berkenaan dengan memberi rawatan awal namun selepas itu semuanya mati.

Beliau berkata, anggaran peratus kebakaran empat rumah terbabit sekitar 10 hingga 85 peratus.

“Sepasukan anggota dari BBP Tikam Batu yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mihat Jaafar tiba di lokasi tidak lama kemudian.

“Operasi turut disertai BBP Kota Kuala Muda, BBP Sungai Petani, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani dan Bakar Arang.

“Setibanya di lokasi, didapati empat rumah sedang terbakar dan operasi pemadaman sedang dilakukan ketika itu. Api berjaya dikawal pada jam 6.36 petang dari merebak ke rumah lain” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Syukri berkata, punca dan kerugian masih dalam siasatan bomba ketika ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini