comscore
Tumpuan :
Nasional

6 sungai di Kedah melebihi tahap bahaya

Anggota APM Kubang Pasu melakukan pemantauan paras air di kawasan Malau yang dilanda banjir kilat. – FOTO: Ihsan APM

ALOR SETAR: Enam sungai di tiga daerah negeri ini menunjukkan bacaan aras air melebihi tahap bahaya setakat jam 3 petang, hari ini.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir, Sungai Kubang Pasu, Sungai Gurun di Kampung Perupok di Yan dan Kampung Sedim di Kulim melebihi tahap bahaya.

Selain itu, tiga sungai di daerah Kota Setar turut menunjukkan peningkatan aras air iaitu di Sungai Anak Bukit, Taman Aman, Jambatan TAR, Sungai Anak Bukit dan Jambatan Lebuhraya di Sungai Kedah melebihi tahap bahaya.

Kesemua sungai terbabit menunjukkan trend menaik.

Dalam pada itu, 13 mangsa banjir yang terperangkap di Kampung Paya Tok Betok, Kulim turut diselamatkan Pasukan Bomba 8 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata,setibanya di lokasi didapati 11 mangsa berjaya dikeluarkan termasuk dua orang kurang supaya (OKU) yang lumpuh diselamatkan oleh orang awam.

“Sewaktu kerja pemantauan dilakukan, bomba menerima maklumat bahawa terdapat dua lagi mangsa OKU penglihatan yang terperangkap.

“Sementara itu, tiga lagi kawasan iaitu Lorong Temengong, Taman Anggerik dan Kampung Padang Tembak yang turut mengalami banjir tidak melibatkan mangsa yang terperangkap.

“Kerja pemantauan masih dijalankan bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini