comscore
Tumpuan :
Nasional

7 blok rumah pekerja kilang musnah terbakar

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

TAWAU: Tujuh blok membabitkan 130 pintu rumah pekerja kilang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 42, Jalan Brantian, di sini, awal pagi tadi.

Pihak Bomba mengambil masa lama untuk sampai ke tempat kejadian berikutan jarak sejauh 67 kilometer sekali gus sampai pada jam 5.50 pagi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.44 pagi.

Sepasukan lapan anggota bersama jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan I, Syed Salipudin Habib Taha dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau dikejarkan ke lokasi kejadian.

FOTO: Ihsan JBPM Sabah

“Sebaik tiba, didapati kebakaran sedang berlaku membabitkan tujuh blok rumah pekerja dengan satu blok mempunyai 10 pintu manakala enam blok lagi mempunyai 120 pintu yang terbakar sepenuhnya.

“Pasukan bomba menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran, satu pancutan dengan sumber air daripada pili bomba berdekatan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, operasi memadam kebakaran turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Felda.

Api berjaya dikawal pada jam 6 pagi, sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya jam 6.57 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat.

Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan pasukan bomba.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini