comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] 7 kenderaan rosak dihempap pokok tumbang berhampiran Taman Kinrara

PUCHONG: Lagi kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku susulan hujan lebat melanda Lembah Klang petang ini.

Kali ini tujuh buah kenderaan dihempap pokok berhampiran Plaza PK Taman Kinrara.

@buletintv3

Pokok tumbang hempap tujuh kenderaan susulan hujan lebat dan ribut berhampiran Plaza PK Taman Kinrara, Puchong. #BuletinTV3 #beritaditiktok #ribut #pokoktumbang

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 4.24 petang tadi.

“Komander Operasi BBP Puchong melaporkan sebatang pokok tumbang telah menghempap 7 buah kereta. Kerja-kerja untuk mengalihkan pokok sedang dijalankan,” jelas jurucakap JBPM Selangor.

Difahamkan, kerja-kerja mengalihkan pokok yang menghempap semua kenderaan terbabit masih dijalankan pasukan bomba ketika ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada terdapat mangsa dalam kejadian itu.

Buletin TV3 akan mendapatkan kemaskini dari semasa ke semasa berhubung kejadian ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini