comscore
Tumpuan :
Nasional

7 penghuni kediaman dikompaun dalam Op Gempur Aedes

Ketua Inspektorat Cawangan Penyakit Bawaan Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid menunjukkan jentik-jentik yang ditemui selepas memeriksa rumah yang didiami warga asing dalam operasi khas ‘Gempur Aedes’ di sebuah kampung di Machang Bubok. FOTO: NSTP

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) melalui Unit Kawalan Bawaan Vektor mengeluarkan kompaun terhadap tujuh penghuni kediaman termasuk tiga warga asing dalam Op ‘Gempur Aedes’ di Kampung Tok Konan, Machang Bubok dan Kampung Dock, Juru, di sini, pagi tadi.

Operasi kira-kira jam 9 pagi itu dilaksanakan berdasarkan kepada lokaliti hotspot dan wabak tidak terkawal yang dilaporkan sejak awal tahun.

Ketua Penguatkuasa Bahagian Kawalan Penyakit Bawaan Vektor JKNPP, Mohd Wazir Khalid, berkata dalam serbuan itu pihaknya menemui pembiakan Aedes dalam kasut getah, penutup tong cat dan atas tikar getah terbiar di luar premis.

FOTO: NSTP

“Seminggu sebelum itu kita sudah masuk (ke kawasan ini) dan buat ‘engagement’ (bersemuka dengan penduduk) dengan memberi nasihat supaya mereka menjaga kebersihan sekitar.

“Bagaimanapun, dalam operasi hari ini kita mendapati masih ada rumah terutamanya premis yang disewa kepada warga asing terdapat pembiakan jentik-jentik yang sangat besar.

“Apatah lagi, terdapat 27 kes denggi dilaporkan di Kampung Tok Konan dengan tempoh wabak selama 63 hari, manakala bagi Kampung Dock pula, enam kes serta tempoh wabak sudah memasuki sebulan yang keadaan ini amat membimbangkan,” katanya kepada pemberita , di sini hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini