comscore
Tumpuan :
Nasional

7 remaja direman, bergaduh depan Pasar Besar KK

Tangkap layar rakaman video tular di media sosial. FOTO: Media sosial

KOTA KINABALU: Tujuh remaja ditahan reman berhubung insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Kasim Musa berkata, berikutan kejadian itu, satu laporan polis diterima sekali gus membawa kepada penahanan tujuh remaja berusia lingkungan 14 tahun ke atas.

“Kejadian membabitkan sekumpulan remaja yang disyaki bergaduh sesama sendiri dengan menggunakan objek seperti batang paip dan kayu.

“Polis mengesahkan insiden ini tidak membabitkan unsur-unsur kongsi gelap dan ia berpunca daripada buli, memeras dan rasa tidak puas hati,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Kasim berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan tanpa pengesahan daripada pihak berkuasa.

Terdahulu, tindakan sekumpulan kanak-kanak menjadikan kawasan bulatan dan jalan raya di hadapan Pasar Besar Kota Kinabalu sebagai ‘gelanggang’ permainan seperti tular dalam sebuah video di media sosial bukan saja membahayakan keselamatan mereka, malah menjejaskan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Kehadiran kanak-kanak terbabit juga menjejaskan keceriaan bandar raya, selain menyakitkan mata memandang terutama jika dilihat pelancong dan pengunjung luar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini