comscore
Tumpuan :
Bencana

[VIDEO] 7 rumah, 6 kenderaan rosak dihempap 15 pokok tumbang

PETALING JAYA : Tujuh buah rumah dan enam kenderaan rosak akibat dihempap 15 pokok tumbang akibat ribut di Taman Desariang, Damansara Damai, Selangor, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.19 pagi.

Tambah beliau, seramai 29 anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, BBP Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik serta BBP Rawang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, pihaknya dimaklumkan terdapat 15 pokok tumbang di lokasi berkenaan membabitkan tujuh rumah terjejas di bahagian hadapan.

Selain itu, enam kenderaan yang diletakkan di tepi jalan juga terjejas akibat dihempap pokok tumbang berkenaan.

Susulan itu, beliau berkata, pihak bomba melakukan kerja-kerja pemotongan pokok tumbang terbabit.

Tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam insiden itu

Loading...
Terkini