comscore
Tumpuan :
Nasional

7 sahabat main kutu 2 tahun nak korban lembu sado

Tujuh sahabat menabung RM100 sebulan sejak dua tahun lalu untuk buat korban lembu sado. – FOTO: Ihsan Mohd Redzuan Idris

TUMPAT: Hasil tabungan RM100 sebulan bermain kutu sejak dua tahun lalu, tujuh sahabat dari Wakaf Bharu di sini berjaya mencapai hasrat mengorbankan lembu sado supaya dapat disedekahkan kepada lebih ramai penerima.

Mohd Nierzaqirie Nasrudin, 37, berkata, hasil tabungan itu mereka dapat membeli lembu baka Brahman seberat hampir 500 kilogram pada harga RM8,000.

Lembu baka Brahman seberat lebih 500kg dijadikan korban tujuh sahabat dari Wakaf Bharu semalam. – FOTO: Ihsan Mohd Redzuan Idris

Lembu baka Brahman seberat lebih 500kg dijadikan korban tujuh sahabat dari Wakaf Bharu semalam. – Foto ihsan Mohd Redzuan Idris

Menurut Mohd Nierzaqirie, jika tidak dijalankan kaedah bermain kutu, sudah pasti mereka tidak dapat menyediakan RM1,200 setiap seorang untuk membeli lembu besar.

Bagi Mohd Redzuan Idris, 38, dia berasa puas hati kerana masing-masing dapat hampir 60 kilogram daging serta tulang untuk disedekahkan.

“Insya-Allah, tahun hadapan dan seterusnya akan kami teruskan ibadat korban cara ini (bermain kutu) kerana selain untuk memeriahkan Aidiladha, dapat juga sedikit pahala hasil dari korban,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini