comscore
Tumpuan :
Nasional

7 termasuk wanita ditahan, syabu lebih RM700,000 dirampas

Sidang media Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri di IPK Perak di Ipoh.

Oleh Shaharil Kadir

IPOH: Polis menahan 7 individu termasuk seorang wanita selepas disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar Ipoh.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, dalam serbuan awal pagi semalam, polis turut merampas dadah jenis syabu seberat 10.2 kilogram dianggarkan bernilai RM713,300.

Operasi oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kontinjen Perak, kira-kira jam 1 pagi, Selasa lalu di kawasan Sunway City, Ipoh.

Dalam serbuan itu, 3 lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun diberkas.

Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek pula menemui dadah jenis methamphetamine seberat 10.2 kilogram dianggarkan bernilai RM713,300 .

`Tindakan susulan telah dibuat dan telah menyerbu sebuah rumah di sunway city serta berjaya menahan 3 lelaki melayu dan 1 perempuan melayu berumur berumur 26-48 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes itu. Ujian saringan air kencing telah dijalankan ke atas semua suspek dan mendapati 4 positif methamphetamine’ katanya..

Tambahnya, 4 daripada 7 suspek mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Dadah berkenaan dipercayai diedarkan di kawasan Ipoh untuk kegunaan 20000 penagih.

Mohd Yusri tidak menolak kemungkinan, sindiket mengambil kesempatan atas kesibukan pihak berkuasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 untuk menjalankan kegiatan mereka.

Kes disiasat mengikut seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati mandatori.

Loading...
Terkini